Ahad, 4 April 2010

MAJLIS KESYUKURAN KESATUAN PEKERJA RENDAH AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIZDUAN

Media Cuepacs
4 April 2010



Kuala Kangsar: Kesatuan Pekerja Rendah Awam Kerajaan Negeri Perak Darul Rizduan telah mengadakan Majlis Kesyukuran pemberian kerajaan kepada penjawat awam kenaikan pangkat khas untuk penyandang (KUP) pada 4 April 2010 hari ahad jam 9.00pagi di Dewan Rumah Rehat Kerajaan Kuala Kangsar Perak. Bacaan doa dan ucapan pertama dimulakan oleh Sdr. Izham Khuzaifah Pengerusi Cawangan Kuala Kangsar merangkap Timbalan Presiden. Kemudian dikuti oleh Presidan kesatuan Sdr. Zakaria Taha. Majlis ini diadakan sekali dengan taklimat khas pemberian kenaikan pangkat untuk penyandang KUP dan taklimat penerangan Majlis Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi.
Taklimat ini di beri oleh Sdr. Adnan Mat Pengerusi MBK S&T merangkap Timbalan Setungiausaha Agung II Cuepacs. Sdr. Adnan Mat menerangkan bagaimana fungsi MBK S&T dan bagaimana kertas kerja yang akan dibuat dan dibentangkan di JPA.
Untuk pengakhiran majlis ucapan presiden cuepacs tuan Haji Omar Osman. Presiden menerangkan isu-isu semasa dan tuntutan Cuepacs kepada kerajaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan