Selasa, 17 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Media Cuepacs
17/8/2010




Putrajaya: Pengawai Teringgi dan Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs telah menghadiri majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri. Majlis berbuka puasa itu turut dihadir NGO seluruh Malaysia. Majlis berbuka puasa ini terus sekali melakukan sembahyang tarawih bersama Perdana Menteri.

Presiden meminta agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Presiden berkata perkara itu telah pun dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kata Presiden.

"Seperti yang diketahui, gaji pada bulan Ogos telah digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan, justeru sedikit bantuan kewangan amat diperlukan bagi membolehkan persiapan lebaran dilaksanakan dengan sempurna," katanya

.

Ahad, 4 Julai 2010

BENGKEL GRED PENTADBIRAN CUEPACS DI TELUK DALAM BEACH RESORT PULAU PANGKOR

Media Cuepacs
4/7/2010

Pangkor: Gred Pentabiran, sokongan dan sosial telah mengadakan satu bengkel untuk menyaipkan kerta kerja untuk penambahbaikan gred, elaun dan kemudahan skim gred N,B dan S . Seramai 35 peserta yang hadir dari 10 kesatuan gabungan Cuepacs Malaysia. Pengerusi En. Rus Bakarrurini Shahfei dan Penolong Setiausaha En Hamzah Masri. Beberapa kertas kerja yang telah dibentangkan dan satu kertas kerja telah diterima. Menurut maklumat dari pengerusi En. Rus Bakarruraini satu lagi bengkel pemantapan kertas kerja akan dibuat di Bukit Freaser Pahang pada 4 dan 5 Ogos 2010. Majlis ini di oleh Sdr. Husin Mat Yasin Timbalan Presiden II Cuepacs. Majlis berjalan dengan penuh ceria dan bersemangat.

Khamis, 24 Jun 2010

PERJUMPAAN KHAS KPPA DENGAN AHLI MAJLIS JAWATANKUASA TERTINGGI CUEPACS

Media
Cuepacs
24/06/2010




PUTRAJAYA Seramai 35 Pegawai Tertinggi dan Ahli Majlis Jawatankuasa Tertinggi Cuepacs hadir di majlis perjumpaan Khas Tan Sri KPPA yang diadakan di Bilik Eklusif Tingkat 13 Blok C1 Parcel C Putrajaya. Turut hadir sama Timbahan Ketua Pengarah Dato' Khalid dan Pengarah Bahagian Saraan Dato' Basaruddin Sadli. Pegawai JPA yang hadir Tuan Haji Jamil Ketua Penolong Pengarah Bhg. Saraan. Ucapan dimulakan oleh Tan Sri KPPA , beliau memaklumkan bahawa akan bersara pada 1 julai 2010. Beliau mohon maaf jika ada terkasar bahasa semasa bersama-sama dalam mesyuarat dan lain-lain. Jika ada terserempak dimana-mana jangan segan silu untuk berjumpa...kadangan lama tak jump a tak ingat pulak. itu pesanan KPPA. Akhir bergambar bersama KPPA dan semua majlis tertinggi cuepacs di beri jamuan makan tengahari.

Ahad, 18 April 2010

SEMINAR KEBANGSAAN KEPIMPINAN MUDA KESATUAN SEKERJA SEKTOR AWAM

Media Cuepacs
12-14 April 2010



Pulau Pinang: Seminar Kebangsaan Kepimpinan Muda Kesatuan Sekerja Sektor awam telah diadakan pada 12-14 April 2010 di Hotel Continental, Pulau Pinang . Seminar ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Cuepacs yang di pengerusikan oleh Sdr. Husain Mat Yasin. Peserta yang hadir seramai 50 orang terdiri dari kesatuan gabungan Cuepacs dan kesatuan yang belum bergabung. Tujuan seminar ini bagi mencungkil pemimpin muda yang bakal menganti pemimpin yang akan datang. Penceramah terdiri dari JHEKS Pulau Pinang, Dr. Syed Abdul Rahman Syed Zin dari UUM (Kepimpinan Muda Zaman Globalisasi) dan Dr. Izham Nayan dari Persatua Pengguna Islam Malaysia (Pembinaan Karektor). Turut memberi taklimat Pengeri Majlis Bersama Kebangsaan En. Adnan Mat (MBK Sains & Teknologi) dan Puan Lok Yim Pheng (MBK AM). Penutup seminar ini adalah Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs dan ucapan semangat telah diberi kepada pemimpin yang baru.











PERTEMUAN PEGAWAI TERTINGGI CUEPACS DENGAN CUEPACS BAHAGIAN PULAU PINANG

Media Cuepacs
13/4/2010
Pulau Pinang: Satu perjumpaan Pegawai Tertinggi Cuepacs dengan Cuepacs bahagian Pulau Pinang telah diadakan pada 13 April 2010 jam 3.00petang di bilik mesyuarat Balai Bomba Penyelamat Jalan Perak. Perjumpaan ini adalah untuk mendapat perkembangan aktiviti Cuepacs bahagian Pulau Pinang. Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs mempengerusikan majlis ini.










Isnin, 5 April 2010

PERTEMUAN Y.BHG TAN SRI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DENGAN AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI CUEPACS TAHUN 2010

Media Cuepacs
6 April 2010
Putrajaya: Pertemuan KPPA dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Cuepacs telah diadakan pada 5 April 2010 jam 10.00pagi hari Isnin. Seramai 30 orang Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs termasuk 9 pegawai tertinggi. Ucapan mula dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Y,Bhg. Tan Sri Ismail Adam. Kemudian ucapan Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman. Lebih kurang empat belas perkara yang telah dicadangan dalam pertemuan ini. Isu yang dibincangkan graduiti, bonus, perintah am bab D, cuti bersalin dan lain-lain lagi.

Ahad, 4 April 2010

MAJLIS KESYUKURAN KESATUAN PEKERJA RENDAH AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIZDUAN

Media Cuepacs
4 April 2010



Kuala Kangsar: Kesatuan Pekerja Rendah Awam Kerajaan Negeri Perak Darul Rizduan telah mengadakan Majlis Kesyukuran pemberian kerajaan kepada penjawat awam kenaikan pangkat khas untuk penyandang (KUP) pada 4 April 2010 hari ahad jam 9.00pagi di Dewan Rumah Rehat Kerajaan Kuala Kangsar Perak. Bacaan doa dan ucapan pertama dimulakan oleh Sdr. Izham Khuzaifah Pengerusi Cawangan Kuala Kangsar merangkap Timbalan Presiden. Kemudian dikuti oleh Presidan kesatuan Sdr. Zakaria Taha. Majlis ini diadakan sekali dengan taklimat khas pemberian kenaikan pangkat untuk penyandang KUP dan taklimat penerangan Majlis Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi.
Taklimat ini di beri oleh Sdr. Adnan Mat Pengerusi MBK S&T merangkap Timbalan Setungiausaha Agung II Cuepacs. Sdr. Adnan Mat menerangkan bagaimana fungsi MBK S&T dan bagaimana kertas kerja yang akan dibuat dan dibentangkan di JPA.
Untuk pengakhiran majlis ucapan presiden cuepacs tuan Haji Omar Osman. Presiden menerangkan isu-isu semasa dan tuntutan Cuepacs kepada kerajaan.