Ahad, 28 Februari 2010

MESYUARAT KHAS KONGRES

2Media Cuepacs

26/2/2010



Mesyuarat Khas Kongres CUEPACS di adakan bersama Taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Bengkel Kaji Semula Bab D Tatatertib. Seramai 120 orang ahli kongres hadir selama 2 hari 1 malam di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat kongres dibincangkan juga aktiviti hari pekerja yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada 1 Mei 2010. Aktiviti sukan permainan Bole Sepak (lelaki) dan Bola Tampar (Perempuan) akan pada hari Jumaat 30 April 2010 . Kumpulan akan diberikan kepada Zon utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur. Dianggarkan 2,000 orang dari semua kesatuan gabungan akan dijemput hadir. Dijangka Menteri Besar Terengganu akan merasmikan hari pekerja ini.


Dalam bengkel Bab D Tatatertib, dibincangkan mengenai tindakan yang dikenakan tatatertib kepada penjawat awam yang dibuang kerja tidak mendapat apa-apa pampasan. Cuepacs memohon mana penjawat awam yang di kenakan tatatertib buang kerja dibayar Ganjaran Persaraan dan Gantian Wang tunai kecuali penjawat awam itu terlibat dengan kes jenayah.


Cuepacs juga akan mengadakan pra-konvenysen sebelum konvensyen yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Konvensyen akan diadakan pada bulan Julai.