Selasa, 17 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Media Cuepacs
17/8/2010




Putrajaya: Pengawai Teringgi dan Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs telah menghadiri majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri. Majlis berbuka puasa itu turut dihadir NGO seluruh Malaysia. Majlis berbuka puasa ini terus sekali melakukan sembahyang tarawih bersama Perdana Menteri.

Presiden meminta agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Presiden berkata perkara itu telah pun dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kata Presiden.

"Seperti yang diketahui, gaji pada bulan Ogos telah digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan, justeru sedikit bantuan kewangan amat diperlukan bagi membolehkan persiapan lebaran dilaksanakan dengan sempurna," katanya

.