Jumaat, 26 Mac 2010

PROGRAM PENERANGAN ISU-ISU SEMASA PERJUANGAN DAN PENCAPAIAN CUEPACS BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG CUEPACS DAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PERHUBUNGAN MBK S&T

Media Cuepacs
27/3/2010



Kota Kinabalu: Program penerangan isu-isu semasa perjuangan dan pencapaian Cuepacs bersama Setiusaha Agung Cuepacs dan Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Majlis Bersama Kebangsaan MBK S&T bagi Negeri Sabah. Program ini dianjurkan bersama Cuepacs Bahagian Sabah dengan Majlis Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi.
Hadir dalam majlis ini Sdr. Ahmad Shah Mohd Zain Setiausaha Agung Cuepacs dan Sdr. Adnan Mat Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi. Isu semasa dijelaskan oleh Setiausaha Agung Cuepacs Sdr. Ahmad Shah berhubung penjelasan semakan gaji semula, cola, elaun-elaun, graduiti dan lain. Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Sains dan Teknologi Sdr. Adnan Mat membentangkan maklumat majlis bersama dan cara membuat kertas kerja. Seramai 45 orang yang hadir di bengkel tersebut.

Sabtu, 20 Mac 2010

TAKLIMAT KERTAS KERJA SKIM PEMBANTU TADBIR ANJURAN KPTKKM DAN KAPTEN

Media Cuepacs
21/3/2010



IPOH: Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan Semanjung Malaysia dengan KAPTEN telah mengadakan perbincangan dan penyediaan kertas kerja skim pembantu tadbir. Seramai 13 orang yang hadir dari kedua-dua kesatuan termasuk Presiden Cuepacs. Cadangan kertas kerja ini untuk membolehkan PT naik ke Gred 27. Kertas kerja ini akan dibawa oleh Presiden Cuepacs di Jabatan Perkhidmatan Awam.



Selasa, 9 Mac 2010

TAKLIMAT ISU SEMASA PRESIDEN CUEPACS ANJURAN KPTKKM

Media Cuepacs
10/3/2010

Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan Malaysia

Ipoh: Road Show Presiden cuepacs diadakann di Hospital Rawatan Harian Ipoh anjuran Keatuan Pembantu Tadbir Kemenyerian Kesihatan Malaysia Cawangan Perak. Turut hadir sama Presiden KPTKKM En. Rozali, serta rombangan kesatuan.. Hampi 350 orang penjawat awam pembantu tadbir di Kementerian Kesihatan seluruh Perak yang hadir memenuhi dewan ini. Ucapan Presiden KPTKKM memaklumkan supaya mana-mana penjawat awam pembantu tadbir dikementerian kesihatan masuk menjadi ahli. Presiden memaklumkan supaya kesatuan ini membuat kertas kerja kenaikan skim. Ini mengelakan ketinggalan jauh dengan skim yang lain. Juga dimaklumkan permohonan cuti bersalin, cola, ITP dan lain-lain.

Ahad, 28 Februari 2010

MESYUARAT KHAS KONGRES

2Media Cuepacs

26/2/2010



Mesyuarat Khas Kongres CUEPACS di adakan bersama Taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Bengkel Kaji Semula Bab D Tatatertib. Seramai 120 orang ahli kongres hadir selama 2 hari 1 malam di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat kongres dibincangkan juga aktiviti hari pekerja yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada 1 Mei 2010. Aktiviti sukan permainan Bole Sepak (lelaki) dan Bola Tampar (Perempuan) akan pada hari Jumaat 30 April 2010 . Kumpulan akan diberikan kepada Zon utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur. Dianggarkan 2,000 orang dari semua kesatuan gabungan akan dijemput hadir. Dijangka Menteri Besar Terengganu akan merasmikan hari pekerja ini.


Dalam bengkel Bab D Tatatertib, dibincangkan mengenai tindakan yang dikenakan tatatertib kepada penjawat awam yang dibuang kerja tidak mendapat apa-apa pampasan. Cuepacs memohon mana penjawat awam yang di kenakan tatatertib buang kerja dibayar Ganjaran Persaraan dan Gantian Wang tunai kecuali penjawat awam itu terlibat dengan kes jenayah.


Cuepacs juga akan mengadakan pra-konvenysen sebelum konvensyen yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Konvensyen akan diadakan pada bulan Julai.